idealistik | (idéalistik) bersifat idealis (bkn orang) atau berasaskan idealisme (bkn pendirian, pandangan, cita-cita, dsb): amat terasa mereka cukup ~ dan menggunakan drama utk menampung idea-idea yg bergejolak dan mengetengahkan persoalan-persoalan yg erat kaitannya dgn pembangunannya dan kebangkitan satu umat baru; dlm detik-detik ketenangannya yg romantik, beliau mengarang novel yg jelas gagal akhirnya kerana amatlah sulit bagi seorang seniman hendak menjadi orang politik yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detik-detak | khabar (berita) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detik jantung | a) bunyi denyut jantung; b) ki getaran hati (kalbu) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jam detik | jam utk mengukur dgn detik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jam randik | = ~ detik jam utk mengukur dgn detik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detik | 1. bunyi spt bunyi jam dll; ~ jantung a) bunyi denyut jantung; b) ki getaran hati (kalbu); ~- detak khabar (berita); 2. saat (minit), waktu atau masa (yg singkat sekali): akhirnya orang tua itu kembali tenang setelah termenung beberapa ~; 3. waktu, masa (secara am): 31 Ogos merupakan ~ yg bersejarah bagi rakyat Malaysia; berdetik 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otaknya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; terdetik 1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan, dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi; terdetikkan dapat terdetik: kenikmatan Firdaus yg tidak pernah ~ dlm hati manusia; detikan detik (jam, jantung, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detik | 1 bunyi spt bunyi jalan jam dll: Bilik itu sungguh sunyi hingga terdengar ~ jam tangannya. 2 waktu yg sangat singkat; saat ( minit): Masa berjalan ~ demi ~ tetapi ibunya masih belum keluar dr bilik pembedahan. 3 ketika; waktu: Itulah ~ yg paling bersejarah dlm hidupnya. 4 kata (dlm hati). berdetik 1 berbunyi spt bunyi jalan jam dll. 2 berdebar (bkn hati, perasaan): Hatinya ~ dan risau ketika menunggu kepulangan adiknya. detikan bunyi detik (jam, jantung dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
detik | 1. bunyi spt bunyi jalan jam dll: Bilik itu sungguh sunyi hingga terdengar ~ jam tangannya. 2. waktu yg sangat singkat; saat; (1/60 minit): Masa berjalan ~ demi ~ tetapi ibunya masih belum keluar dr bilik pembedahan. 3. ketika; waktu: Itulah ~ yg paling bersejarah dlm hidupnya. 4. kata (dlm hati). berdetik 1. berbunyi spt bunyi jalan jam dll. 2. berdebar (bkn hati, perasaan): Hatinya ~ dan risau ketika menunggu kepulangan adiknya. detikan bunyi detik (jam, jantung dll). | Kamus Pelajar |
detikan | detik (jam, jantung, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detikan | bunyi detik (jam, jantung dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |