peranti(device) | Alat yang direka cipta untuk melakukan tugas tertentu. Dalam bidang komputer, peranti biasanya berupa alat elektrik, elektronik, atau elektromekanik. | Kamus Komputer |
penumpu peranti(device concentrator) | Peranti yang digunakan dalam sistem komunikasi komputer untuk membolehkan beberapa peranti berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana disalurkan ke peranti berkelajuan tinggi. | Kamus Komputer |
pengelola peranti(device handler) | Perisian atau perkakasan yang bertugas mengelola kegiatan input-output alat persisian komputer. | Kamus Komputer |
pengawal peranti(device controller) | Perkakasan yang berfungsi untuk mengawal pengendalian peranti persisian. | Kamus Komputer |
nombor peranti(device number) | Nombor pengenalan yang diberikan kepada peranti dalam sistem untuk memudahkan panggilan. | Kamus Komputer |
nama peranti(device name) | Nama yang diberikan kepada peranti untuk membezakan peranti dan juga untuk memudahkan pemanggilannya. | Kamus Komputer |
kod peranti(device code) | 1. Kod pengenalan bagi peranti dalam rangkaian komputer. 2. Kod pengenalan yang diberikan kepada peranti untuk memudahkan tugas perakaman dalam pangkalan data. | Kamus Komputer |
keutamaan peranti(device priority) | Status keutamaan layanan yang dimiliki oleh peranti dalam sistem yang mempunyai banyak peranti yang bersambung dengan pemproses utama melalui sistem bas atau rangkaian. | Kamus Komputer |
kebebasan peranti(device independence) | Sifat peranti yang bebas berfungsi tanpa kawalan pengawal utama. | Kamus Komputer |
gugusan peranti(device cluster) | Kumpulan peranti atau terminal komputer yang berkongsi satu pengawal perhubungan secara sambungan terpusat. | Kamus Komputer |