Speaker | /spéaker/ pegawai yg menjadi pengerusi dlm Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan Negara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undangan | ; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewan | /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
majlis (dewan) undangan | majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentara | 1 pesuruh raja yg kerjanya melayani dan menyampaikan titah raja atau membawa alat kerajaan. 2 pegawai yg mengawasi dan menguatkuasakan tatatertib di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dewan Undangan Negeri | majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dewan Rakyat | majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dewan Negara | majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peruntukan | 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumur | 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |