Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.a.tas] | دأتس

Definisi : di sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di atas

Puisi
 

Buah pauh di atas batang,
     Sayang cermai di atas batu;
Tuan jauh ke mari datang,
     Meramai akan kampungku.


Lihat selanjutnya...(161)
Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
salai; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
terdiri di atasdidirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukitKamus Pelajar Edisi Kedua
menyalai1 meletakkan di atas api supaya kering; mengeringkan di atas api: Ibunya telah ~ ikan yg ditangkapnya. 2 memanaskan badan di atas api (bagi orang yg baru bersalin).Kamus Pelajar Edisi Kedua
baring; berbaring berada dlm keadaan merata atau memanjang: Sementara menunggu waktu makan, ia ~ dahulu di atas katil. membaringkan meletakkan di atas bahagian yg panjang sekali; meletakkan memanjang: Beliau ~ anaknya di atas kerusi panjang. terbaring terletak memanjang: Ia jatuh ~ di atas jalan raya kerana dilanggar kereta. perbaringan tempat berbaring, spt katil dan pangkin: Dia mengelamun di ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memangku1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), me­riba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. me­ngelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggan­tikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pang­kat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah meng­habiskan harta tetapi hendaklah mencari ke­untungan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pundakbahu (juga dlm erti kiasan): di atas ~ merekalah terletaknya tinggi rendah mutu ilmu nanti; angkat ~ bp menyatakan (me­nunjukkan) tidak tahu; tertanggung (terpikul) di atas ~ (tanggungjawab dll) terletak di atas diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
salai; bersalai berada dekat api (utk dikeringkan dll). menyalai 1 meletakkan di atas api supaya kering; mengeringkan di atas api: Ibunya telah ~ ikan yg ditangkapnya. 2 memanaskan badan di atas api (bagi orang yg baru bersalin). salaian sesuatu yg disalai. penyalai tempat menyalai sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
naik (di, di atas) kepalaberbuat sesuatu yg melampaui batas;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanamimenanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
skipermainan meluncur di atas salji atau di atas air dgn menggunakan lapik kaki yg khas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas