Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di tempat itu: Tadi dia ada di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di situ

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ijuk sebelembang,
     tali di situ keluan di situ.

Bermaksud :

Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cacatnya sedikit, lampu di situ agak terangsayang lampu di situ agak terang;Kamus Dewan Edisi Keempat
ijuksj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat (dipintal) drpd ijuk; ~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb, Mn pencarian yg tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm ~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb, Mn seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg dimalui (ditakuti) orang; mengijuk macam ijuk (bkn misai); terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lalang Isj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumah­nya sudah mulai ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
semadi= bersemadi 1. mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran: sedang ia ber-semadi di gua Hira’ tiba-tiba datang seorang yg tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya; 2. ki kekal: perasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ; di situlah rupanya ~ Raja dan Rani dewa dewi per-cintaan; menyemadikan mengebumikan, mengubur­kan: jenazahnya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di situ; persemadian perihal bersemadi.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdeburanberdebur-debur: di situ air selalu ~ dgn ombaknya buru-memburu ke pantai;Kamus Dewan Edisi Keempat
perbincanganperihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelesakanmembuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mandekJk 1. berhenti, terhenti: keretanya ~ di situ; 2. tidak lancar perjalanannya, tidak dapat diteruskan (perundingan dll), terbantut, terbengkalai: kekurangan bahan mentah menyebabkan perusahaan itu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bongkas1. terjongket hujung (atau pangkal): di situ ada sepokok kayu yg ~; 2. ki bangkit dgn cepat drpd berbaring (tidur): ia ~ dr tempat tidurnya dan terus pergi ke bilik kapten;terbongkas terjongket.Kamus Dewan Edisi Keempat
me­­­nyan­taikanmenimbulkan rasa santai: Suasana di situ damai dan amat ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas