tahu | 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ketahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menegaskan | 1 mengatakan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menekankan | 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masakan | mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masa II | = masakan mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekan | ; bertekan bertumpu dgn kedua-dua belah tangan atau siku; bertelekan: Dia membongkok dgn kedua-dua belah tangannya ~ di meja. bertekankan bertumpu pd: Dia berbaring ~ tulang rusuk. menekan 1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya. menekankan 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. tertekan 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. tekanan 1 desakan utk menekan: ~ yg kuat. 2 keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan menanggung beban yg sukar utk ditanggung: ~ inflasi. 3 = ~ suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras drpd kata atau suku kata yg lain. ~ atmosfera ist tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tsb. ~ darah tekanan oleh darah pd dinding bahagian dalam saluran darah, kesan drpd denyutan jantung. ~ hidraulik tekanan yg dihasilkan oleh kuasa hidraulik, iaitu kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip. ~ udara tekanan atmosfera pd permukaan bumi. penekanan perbuatan (hal dsb) menekan atau menekankan. penekan alat dll utk menekan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menelungkup | terletak dgn bahagian hadapannya atau bahagian atasnya di sebelah bawah; berbaring di atas perut; meniarap: Puas menelentang dia mengiring, puas mengiring dia ~, tetapi matanya tidak juga mahu pejam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telungkup | ; menelungkup terletak dgn bahagian hadapannya atau bahagian atasnya di sebelah bawah; berbaring di atas perut; meniarap: Puas menelentang dia mengiring, puas mengiring dia ~, tetapi matanya tidak juga mahu pejam. menelungkupkan menjadikan atau menyebabkan menelungkup; meniarapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegas | 1 dpt didengar, dilihat dsb dgn terang; nyata; jelas: Ia berkata dgn suara yg ~. 2 tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar; tentu; tepat: Permohonannya telah ditolak dgn ~. menegaskan 1 mengatakan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan. penegasan perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penentuan. penegas; kata ~ ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rupanya | 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |