diagnosis pengkompil(compiler diagnostics) | Keterangan yang diberikan oleh pengkompil tentang proses pengkompilan atur cara yang telah dilakukan. | Kamus Komputer |
diagnosis(diagnostics) | 1. Teknik yang digunakan untuk mengesan dan mengasingkan kerosakan atau ralat dalam sistem dengan mencetak atau memaparkan taraf sistem yang diuji atau maklumat ralat yang terjadi. 2. Pesanan yang dicetak atau dipaparkan oleh komputer tentang sesuatu kerosakan atau ralat. | Kamus Komputer |
diagnosis ralat(error diagnostics) | Diagnosis yang dilakukan dengan mencetak bahagian atur cara yang mengandungi ralat untuk membantu pengesanan punca ralat. Ralat yang dikesan ditandakan dengan jelas bersama dengan butir-butir yang berkaitan. | Kamus Komputer |
diagnosis dalam talian(on-line diagnostics) | Diagnosis penyemakan yang dilaksanakan semasa sistem komputer masih lagi berada dalam talian. Penyemakan ini dilakukan pada waktu permintaan penggunaan sistem adalah kurang bagi menjimatkan masa dan membolehkan penyelenggaraan pembetulan dilakukan tanpa memberhentikan sistem. | Kamus Komputer |
diagnosis | perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya, membuat diagnosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diagnosis | perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya: ~ yg tepat boleh dibuat dgn memeriksa calitan darah yg diambil dr haiwan yg baru mati utk menentukan kehadiran bakteria penyebab. mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; membuat diagnosis: Doktor ~ penyakit yg menjangkiti kanak-kanak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mod diagnosis(diagnostic mode) | Keadaan sistem yang berada pada tahap bertindak mengesan dan mengasingkan kerosakan atau ralat dalam sistem dengan mencetak atau memaparkan taraf sistem yang diuji atau maklumat ralat yang dijumpai. | Kamus Komputer |
ujian fungsi diagnosis(diagnostic function test) | Ujian penyemakan yang dilakukan untuk menentukan keadaan fungsi tertentu sistem. Singkatan DFT. | Kamus Komputer |
diagnostik | bkn diagnosis: ujian ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ujian darah | analisis sesuatu sampel darah sbg diagnosis (penyakit), utk menentukan kumpulan darah, paras alkohol dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |