diam II | duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diam II | tinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) merantau; ~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai; mendiami, mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu; kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar tersergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam II | duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. | Kamus Pelajar |
risik II | = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia mendapat ~ bahawa rancangannya telah diketahui orang; merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi (bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk menjadi isterinya; perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; perisik orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari keterangan, dll dgn sembunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelak II | ; menjelak Kl, Tr mencuri, melakukan sesuatu secara diam-diam (dr belakang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renung II | ; merenung diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depannya; merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; renungan sesuatu yg direnungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enap II | Mn diam; mengenap, mengenap-enapkan memikirkan atau mempertimbangkan dgn teliti (sungguh-sungguh). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelenyar II | tidak duduk diam; gatal spt digigit serangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antap II | Mn tenang, diam, senyap; mengantapkan menenangkan, mendiamkan (anak menangis dll): antapkanlah anakmu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebat II | ; ~-kebit tidak pernah diam (selalu bergerak, bekerja, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |