sembunyi-sembunyi | dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam-diam ubi (berisi) | prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam-diam lepu | prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam-diam | dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersenyap-senyap | dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersembunyi-sembunyi | dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyolong-nyolong | dgn diam-diam atau sembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curi-curi | (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisik-bisik | secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang): mereka berbincang dgn cara bisik-bisik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susup | ; ~-sasap ke sana ke mari dgn cepat (utk menyorok dsb):Tikus itu lari ~-sasap dikejar kucing. menyusup 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. menyusupi menyusup ke; masuk ke dlm secara diam-diam: Tanpa disedari pihak berkuasa, penjahat berjaya ~ kawasan larangan itu. menyusupkan 1 memasukkan sesuatu ke bawah atau ke celah sesuatu: Ketika hendak tidur, dia ~ jam tangannya ke bawah bantal. 2 membawa masuk sesuatu secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; menyeludupkan: Dlm kesibukan itu, mereka ~ kami ke tempat yg selamat. penyusupan perbuatan (hal dsb) menyusup atau menyusupkan. penyusup orang yg masuk secara diam-diam; penyeludup: Pasukan polis laut telah berjaya menangkap kedua-dua ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |