Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ubi (kata nama)
Bersinonim dengan akar, umbi, isi.,

Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat,
     melainkan diam ubi berisi.

Bermaksud :

Diam yang ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
diam-diam ubi (berisi)prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
diam I1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hen­dak dicakapkan; terbuang dlm ~ di­singkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak ber­gerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (mem­bisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, se­mentara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas