Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibayar

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecil hutang diansur,
     habis hutang dibayar.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kos Iharga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, per­belanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sam­pingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak ber­ubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd peng­gunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf.Kamus Dewan Edisi Keempat
anuiti(Eko) pembayaran wang kpd seseorang pemegang kuasa dgn jumlah dan jarak waktu tertentu; ~ biasa anuiti yg dibayar atau diterima pd penghujung setiap tempoh tertentu; ~ hayat anuiti yg dibayar kpd pewaris sepanjang hidupnya dan akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia; ~ sampai tempoh anuiti yg dibayar atau diterima pd awal setiap tempoh tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bayaran1. (wang) yg dibayar: mereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; 2. (orang) yg dibayar: serdadu ~;3. gaji, upah, biaya: pd akhir bulan kami menerima ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bea(béa) 1. wang yg dibayar oleh pemilik kapal dll; ~ pelabuhan wang yg dibayar oleh pemilik kapal utk kegunaan pelabuhan; 2. Id cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ meterai Id cukai yg merupakan setem; ~ warisan cukai ke atas harta benda yg diwarisi.Kamus Dewan Edisi Keempat
gajiwang sbg upah bekerja yg dibayar dlm tempoh yg tetap. ~ bulan (hari, minggu) upah kerja yg dibayar setiap bulan (hari, minggu). ~ buta upah yg diterima dgn tidak bekerja sungguh-sungguh. ~ pokok gaji yg tidak ditambah dgn sebarang elaun. bergaji mendapat gaji: Mereka termasuk dlm golongan orang ~ kecil. menggaji mengambil orang bekerja dgn membayar gaji: Oleh sebab pelanggan terlalu banyak, saya perlu ~ tiga orang lagi utk membantu saya. penggajian hal, urusan dsb menggaji atau membayar gaji: Mereka sedang meneliti skim ~ baru itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
zakatcukai yg wajib dibayar atau dikeluarkan oleh tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. ~ fitrah (badan) zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali pd bulan puasa (sehingga sebelum sembahyang hari raya). ~ harta zakat yg diwajibkan atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan, yg cukup nisab dan haul. berzakat membayar atau mengeluarkan zakat. menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (sesuatu): Orang Islam wajib ~ hartanya apabila cukup syarat-syaratnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tagih Imenagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang; penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan; penagih orang yg menagih.Kamus Dewan Edisi Keempat
kos faktor(Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sam­pingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
langsai I1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bon1. sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah; 2. Id surat kecil (pengakuan mengambil barang yg akan dibayar kemudian): ~ jati; ~ jati bon yg paling terjamin; ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko; ~ pelaksanaan (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; ~ perbendaharaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan dgn tempoh matangnya yg lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun; ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas