Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibendung


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membendung1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;Kamus Dewan Edisi Keempat
penubaanperihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai mestilah dibendung dgn segera;Kamus Dewan Edisi Keempat
pelandaanperbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung.Kamus Dewan Edisi Keempat
bendungpermatang utk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;membendung 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;terbendung terempang, terhalang, tertahan;pembendungan perihal (usaha dsb) membendung, pengempangan; pembendung 1. orang yg membendung; 2. alat utk membendung, pengempang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepedihan1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pedih1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~. kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi. pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkurung1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. me­makai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air);Kamus Dewan Edisi Keempat
tuba Isj racun ikan (dibuat drpd bermacam-macam jenis akar yg beracun biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya: ~ jenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, dll; ~ tikus racun pembunuh tikus, berangan; me-mecah ~ menyiarkan khabar hingga men-cemaskan orang; ~ binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan; bagai (spt) ikan kena ~ prb tidak berdaya lagi; menuba 1. meracuni (ikan) dgn tuba: mereka pergi ~ ikan di sungai; 2. menyakiti, me­nyeksa (hati, jiwa, dll): dia menangis dgn hati yg dituba oleh perasaan cemburu; penubaan perihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai mestilah dibendung dgn segera; penuba orang yg menuba: masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
landa I; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya; melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya; terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar; landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu; pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung.Kamus Dewan Edisi Keempat
kurung I1. = kurungan sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; 2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; 3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dlm tulisan yg berupa keluk atau garis melengkung dll utk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yg tertentu: dua kali jumlah x dgn y boleh ditulis dgn menggunakan kurungan menjadi 2(x + y); 4. ruang yg berdinding, bilik (dlm perahu): mereka dibawa berjumpa nakhoda dlm ~ di haluan kapal; ~ bajau = ~ beranda sj bilik dlm kapal; ~ batang Jk usungan mayat; ~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pd sj alat menangkap ikan; berkurung 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. me­makai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); mengurung 1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan me-nyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka; 2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll); 3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung (perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air); terkurung terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya; kurungan 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung; pengurungan perihal atau perbuatan me­ngurung.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas