tepung | 1 benda yg ditumbuk, digiling dll hingga hancur dan lumat: ~ jagung. 2 benda yg sejak asalnya sedia lumat; bubuk; serbuk: ~ sari debunga. ~ beras tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum. ~ gomak kuih berinti yg dibuat drpd tepung pulut dan diselaputi tepung kacang hijau. ~ sagu tepung yg dibuat drpd sagu. ~ suji tepung yg kasar (drpd gandum). ~ talam kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu. menepung menumbuk atau mengisar beras dll hingga menjadi tepung: ~ jagung menumbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keletah | /kelétah/ gerak-geri yg dibuat-buat; pertuturan yg dibuat-buat; suka bergaya (bkn gadis); genit. berkeletah berlagak dgn gaya yg dibuat-buat; bergaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gula | benda manis yg dibuat drpd air beberapa jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya tebu. ~ aising gula berbentuk serbuk halus yg digunakan utk membuat aising kek dsb. ~ anggur gula yg dibuat drpd buah anggur. ~ batu gula yg berketul-ketul. ~ darah ist glukosa yg terdapat dlm darah. ~ kabung gula yg dibuat drpd nira kabung. ~ melaka gula yg dibuat drpd nira kelapa. ~ merah gula berwarna coklat atau coklat kehitam-hitaman yg dibuat drpd air tebu. ~ pasir gula yg dibuat drpd air tebu dan berupa spt pasir. ~ ringkas gula dlm bentuk yg tidak dpt dihuraikan lagi (glukosa dsb). ~ tarik sj kuih yg dibuat drpd gula dll. gula-gula 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. menggulai memberi bergula; membubuh gula pd: ~ kopi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepung beras | tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasut | alas kaki (dibuat drpd getah, kulit dll) yg menutupi bahagian kaki; sepatu. ~ bola kasut yg dibuat drpd kulit utk dipakai ketika bermain bola. ~ but kasut yg sampai ke atas mata kaki. ~ getah kasut yg lapiknya dibuat drpd getah dan penutupnya dibuat drpd kain. ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis yg terletak tegak pd bahagian tapaknya, yg dipakai utk meluncur di permukaan ais. ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk meluncur di kawasan yg licin, spt di atas jalan atau di atas gelanggang. berkasut 1 mempunyai kasut: Dia tidak pernah ~ sehinggalah ia bersekolah. 2 memakai kasut: Dia berjalan tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaleng | /kaléng/ 1 besi tipis yg berlapis timah utk dibuat baldi dll; tin: Baldi itu dibuat drpd ~. 2 bekas (tempat mengisi makanan dll) yg dibuat drpd besi yg berlapis timah: ~ minyak tanah. kaleng-kalengan makanan yg diisikan dlm kaleng; makanan dlm tin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramuan | bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gambar | 1 sesuatu yg dibuat menyerupai sesuatu yg lain dgn melukis; hasil drpd melukis; lukisan: Cantik sungguh ~ ini, siapa yg melukisnya? 2 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera: Mereka mengambil ~ ketika melawat ke Desa Ru. 3 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn mengukir; patung. bergambar 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. menggambar membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. menggambarkan 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. tergambar digambarkan atau dibayangkan: Apakah pengajaran yg anda dpt drpd peristiwa yg ~ dlm syair itu? gambaran 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. penggambaran perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pagar | 1 sesuatu yg dibuat drpd dawai berduri, kayu dll dan dipasang di keliling sesuatu kawasan; apa-apa yg digunakan utk menyekat serta membatasi sesuatu kawasan. 2 apa-apa yg menyerupai pagar 1. ~ besi pagar yg dibuat drpd besi. ~ bulan lingkaran yg kelihatan mengelilingi bulan. ~ buluh pagar yg dibuat drpd buluh. ~ dawai (kawat) pagar yg dibuat drpd dawai. ~ duri pagar yg dibuat drpd dawai berduri. ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil. berpagar ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. berpagarkan ada atau mempunyai sesuatu sbg pagar: Kebun sayurnya ~ buluh. memagar membuat pagar di; mendirikan pagar di: Dia ~ kawasan rumahnya. ~ diri menjaga diri. memagari 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar: Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya. 2 ki melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. memagarkan menjadikan sesuatu sbg pagar; memasang sesuatu sbg pagar: Pak Abu ~ buluh di keliling kebunnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
undang-undang | 1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |