didih | ; mendidih meruap kerana terlalu panas; menggelegak: Air akan ~ apabila suhunya meningkat kpd 100o Celsius atau 212 o Fahrenheit. darah (hati) ~ marah sekali. mendidihkan memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih. pendidihan perihal mendidih atau mendidihkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
didih | ; mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn semangat); mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah keperwiraan dlm jasad bangsanya; pendidihan perihal atau proses mendidih(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
didih | mendidih meruap kerana terlalu panas; menggelegak: Air akan ~ apabila suhunya meningkat kpd 100o Celsius atau 212 o Fahrenheit. darah (hati) ~ marah sekali. mendidihkan memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih. pendidihan perihal mendidih atau mendidihkan. | Kamus Pelajar |
titik didih | Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendidih | kaedah memasak dgn merebus makanan (di dlm periuk dsb) dgn api yg perlahan (di bawah takat didih). merendidih memasak (merebus) makanan di dlm periuk dsb dgn api yg perlahan (di bawah takat didih). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takat didih (beku dll) | suhu ketika air dll mendidih (menjadi beku dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takat didih | had suhu ketika air dll mendidih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabung didih | sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk mendidihkan bahan cecair); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruing didih | sj tumbuhan (pokok), meranti sabut, resak, Vatica perakensis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluap | 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |