komputer digital(digital computer) | Komputer yang dibina berdasarkan litar elektronik digital. Komputer digital memproses data dengan menggunakan gabungan perwakilan data diskret atau data tidak selanjar, dan melakukan pengendalian logik dan aritmetik pada data tersebut dan juga pada atur cara tersimpan komputer itu sendiri. Bandingkan komputer analog. | Kamus Komputer |
pendarab digital(digital multiplier) | Peranti atau litar yang menjanakan isyarat digital hasil darab dua isyarat digital. Pendaraban ini dijalankan dengan menganjak bit salah satu isyarat (pendarab) ke kiri dan kemudian menambahkan isyarat yang satu lagi (daraban) pada hasil anjakan ini. | Kamus Komputer |
jam digital(digital clock) | 1. Deretan isyarat berdenyut yang dijana oleh pemasa atau pengayun dalam sistem digital. Jam ini digunakan sebagai isyarat rujukan untuk menyegerakkan sistem. 2. Penyata waktu yang memaparkan nilai waktu dalam bentuk digital. | Kamus Komputer |
sistem digital(digital system) | Sistem yang mengelolakan dan memproses isyarat digital. | Kamus Komputer |
penapisan digital(digital filtering) | Penggunaan kaedah serta teknik pemprosesan isyarat digital untuk menapis sesuatu isyarat sebelum ditukarkan kepada bentuk data komputer. | Kamus Komputer |
kawalan digital(digital control) | Tindakan mengawal proses automatik dengan menggunakan teknologi digital. | Kamus Komputer |
bacaan digital(digital readout) | Kaedah pemaparan nilai ukuran dalam bentuk nombor digital dengan menggunakan peranti paparan jenis digit. Bandingkan bacaan analog. | Kamus Komputer |
pengulang digital(digital repeater) | Peranti yang diletakkan dalam rangkaian talian penghantaran untuk meningkatkan isyarat digital daripada unit penghantar yang telah merosot akibat kehilangan dan herotan ketika melalui talian penghantaran supaya isyarat dapat meneruskan perjalanan ke unit penerima. | Kamus Komputer |
pemprosesan isyarat digital(digital signal processing) | Pengolahan isyarat elektronik digital dengan menggunakan komputer atau peranti elektronik. Singkatan DSP. | Kamus Komputer |
data digital(digital data) | 1. Data dalam bentuk isyarat diskret. 2. Nilai atau kuantiti yang dinyatakan dalam bentuk digital. Bandingkan data analog. | Kamus Komputer |