menggugurkan | 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjahanamkan | 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; 2. merosakkan: mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa-rupanya | 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melonggokkan | menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bom I | senjata yg meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dr kapal terbang, dilemparkan dgn tangan, atau ditembakkan dgn meriam; pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang utk menjatuhkan bom; ~ api bom yg direka khas utk memulakan sesuatu pembakaran; ~ asap bom yg apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dlm operasi polis atau tentera; ~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; ~ hidrogen bom yg daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen; ~ hidup bom yg belum meletup; ~ jangka = ~ waktu bom yg ditentukan saat meledaknya; ~ lakur sj bom yg melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen; ~ laut bom yg dilemparkan ke dlm laut (utk menghancurkan kapal selam); ~ logik (Komp) atur cara haram yg tersembunyi di dlm sistem komputer yg boleh mengganggu operasi komputer; ~ napalm bom api yg dibuat drpd petrol yg berbentuk jeli; ~ nuklear (Fiz) bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (spt uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (spt nukleus deuterium dgn nukleus tritium); ~ pembakar bom yg mengeluarkan api (utk membakar); ~ pemedih mata bom yg diledakkan utk memedihkan mata orang (dlm tunjuk perasaan yg haram dll); ~ petrol bom yg dibuat drpd botol yg berisi minyak petrol dgn sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan; ~ plastik bom yg menggunakan bahan letupan plastik; ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan; ~ tarik bom yg diledakkan dgn jalan menarik; mengebom menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; pengeboman perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yg digunakan utk mengebom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa-rupanya | 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. | Kamus Pelajar |
anggota tentera payung terjun | pasukan tentera yg dilatih utk membuat serangan terhadap barisan musuh (digugurkan dr kapal terbang dgn menggunakan payung terjun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aferesis | (aferésis) (Lin) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal perkataan, mis apabila huruf h dlm hujung digugurkan menjadi ujung dan suku kata bu dlm bukan digugurkan menjadi kan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
afesis | (afésis) (Lin) pengguguran vokal awal yg tidak bertekanan bagi sesuatu kata, mis apabila vokal awal a dlm abang digugurkan menjadi bang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercantas | 1. dicantas dgn tidak sengaja, terpangkas: banyak anak pokok durian di dlm semak itu yg ~ semasa kerja menebas dibuat; 2. ki dikeluarkan atau digugurkan drpd senarai (kumpulan, pasaran dsb): namanya ~ drpd senarai peserta yg terpilih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |