salai | ; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembakau | 1. sj tumbuhan (herba yg daunnya dikeringkan dan diracik tipis-tipis utk dibuat rokok, cerut, dll), Nicotiana tabacum; 2. racikan daun tembakau yg telah dikeringkan (utk membuat rokok, cerut, sugi, dll); ~ belati = ~ tin tembakau yg diimport; ~ hutan sj tumbuhan (pokok yg daun dan akarnya dibuat ubat), Solanum verbascifolium; ~ Jawa tembakau dlm negeri; ~ kerosok daun tem-bakau yg telah dikeringkan; ~ lempeng (an) tembakau yg berkeping-keping tipis; ~ sek tembakau yg sangat halus hirisannya; pertembakauan perusahaan memproses tembakau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layak II | ; ikan ~ ikan yg dibelah dr belakangnya dan dikeringkan; melayak membelah ikan utk dikeringkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teh | /téh/ 1 = pokok ~ beberapa jenis pokok renek yg daunnya dikeringkan utk dibuat minuman, Camellia sinensis; Camellia thea. 2 = daun ~ daun pokok teh yg telah dikeringkan utk dibuat minuman. 3 = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh. ~ kosong air teh yg tidak dibubuhi gula atau susu. ~ O air teh yg tidak bersusu tetapi bergula. ~ susu air teh yg dibubuhi susu (sama ada bergula ataupun tidak). ~ taman nama sj pokok renek yg biasanya dibuat pokok pagar, Ehretia spp.. ~ uncang (serbuk) teh yg dibubuh di dlm uncang (direndam di dlm air panas utk membuat air teh). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teh I | (téh) 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dikeringkan dan dibuat minuman), Camelia sinensis; 2. = daun ~ daun drpd pokok teh yg telah dikeringkan (dibuat minuman dgn air); 3. = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh; ~ encer air teh cair; ~ hutan = ~ kampung sj tumbuhan (pokok renek), Acalypha siamensis, ~ kosong air teh yg tidak dicampur gula; ~ makau sj tumbuhan (herba), capadang, Scorpria dulcis; ~ O bp a) teh kosong; b) air teh yg tidak dibubuh susu (tetapi ada gulanya); ~ O beng C, bp air teh kosong yg dibubuh air batu; ~ susu air teh yg dibubuh susu dan gula; ~ tarik teh susu yg ditarik, biasanya ke atas ke bawah berulang kali dgn menggunakan dua kole supaya lebih enak rasanya | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotai | 1. terkelepai, terkulai, tergantung (spt dahan patah); 2. kurus kering (tubuh), tua; tua ~ sangat tua; 3. kering (spt buah yg dijemur); nyiur ~ buah nyiur yg dikeringkan utk dijadikan benih; pinang ~ buah pinang yg tua dan sudah dikeringkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan | sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersalai | (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemur | padi yg dikeringkan di tengah panas: membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari: Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1 benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2 alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1 tempat menjemur. 2 perbuatan atau hal menjemur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersalai | 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |