bersunat rasul | dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersunat | = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak terasa apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas malu | sudah dikhatankan (anak lelaki); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali kundang | pembalut luka pd kemaluan yg baru disunatkan (dikhatankan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kundang III | pembalut luka pd kemaluan yg baru disunatkan (dikhatankan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkal II | Jw penongkat kain yg dipakai oleh kanak-kanak yg dikhatankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunat II | = ~ rasul khatan; tukang ~ orang yg mengkhatankan, bengkong, mudin; bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak terasa apa-apa; menyunat memotong kulup, mengkhatankan; menyunati Jk = menyunatkan; menyunatkan, menyunatrasulkan mengkhatankan: aku menjalankan segala tugas orang tua sampai kpd ~nya; sunatan majlis (kenduri) berkhatan: pagi itu pagi ~ anak yg ketiga seorang kaya; anak ~ anak yg disunatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulup II | kulit khatan (kulit pd hujung kemaluan lelaki yg dibuang ketika dikhatankan); berkulup belum berkhatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalam II | 1. alat utk menulis (drpd kabung dll); ~ batu pena atau alat utk menulis pd papan batu; 2. sl kemaluan (lelaki): maka Bendahara pun hairanlah melihat ~ raja seperti dikhatankan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusul | 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh memanjang dan mengeluarkan daun; 7. menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaannya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alukan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |