Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diluahkan

Peribahasa

Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo;
     dimakan mati bapa,
tidak dimakan mati ibu.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
luah; meluah 1. berasa hendak muntah, me­loya; 2. muntah; meluahkan 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, me­lahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah; terluah diluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan lama ~ satu demi satu; luahan 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata (perasaan dsb) yg dikeluar­kan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini me­rupakan rasa kecewa beliau terhadap golong­an tersebut; ~ emosi; perluahan tempat atau bekas utk meluah­kan: maka tanah itu diludahkannya ke dlm sebuah ~; peluahan perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan).Kamus Dewan Edisi Keempat
meluahkan1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, me­lahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah;Kamus Dewan Edisi Keempat
terluahdiluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan lama ~ satu demi satu;Kamus Dewan Edisi Keempat
luahan1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata (perasaan dsb) yg dikeluar­kan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini me­rupakan rasa kecewa beliau terhadap golong­an tersebut; ~ emosi;Kamus Dewan Edisi Keempat
nambatMn jangan, tidak usah; kok pahit ~ diluahkan prb jika pahit janganlah diludah­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesemarakankeadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bermurungberasa murung, berdukacita, ber­sedih: apabila kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
rumenist ruang pertama perut haiwan jenis ruminan, tempat menyimpan makanan yg separuh cerna buat sementara waktu sebelum diluahkan balik ke dlm mulut utk dikunyah semula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rumen(rumén) (Bio) ruang pertama perut binatang ruminan yg menyimpan makanan yg separuh cerna buat sementara waktu sebelum diluahkan balik ke dlm mulut utk dikunyah sehingga lumat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepantanganpantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas