dimengerti | difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musykil | Ar 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll), sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~ baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal: Kamal berasa ~apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa; memusykilkan 1. menyebabkan jadi musykil, memayahkan, menyukarkan, menyulitkan: dia menanya segala apa yg dimusykil-kannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan: hanya yg di-musykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar; kemusykilan 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garam | 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti | 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |