Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimusnahkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memalapkan1.menjadikan malap, memu­darkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan ke-gemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
habis1. tidak ada yg tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dll): ~ sudah wang simpananku; sisa makan­an itu ~ dimakan kucing; barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya; 2. ke­semuanya (segalanya, sekaliannya, kese­lu­ruhannya): memasak makanan akan me­nyebab­kan kuman pd makanan yg mentah itu ~ mati; kalau aku tidak datang nanti budak-budak ~ pulang; 3. banyak bahagian­nya, sebahagian besarnya, hampir keseluruh­an­nya: baju ini ~ dimakan gegat; pondok itu ~ bocor atapnya; 4. digunakan, ditumpu­kan, dibelanjakan, diperlukan (bkn wang, masa, dll yg digunakan, dibelanjakan, diperlu­kan, dll utk sesuatu): sepertiga drpd waktu yg ditetapkan ~ utk ucapan pembukaan sahaja; separuh drpd wang gajinya ~ utk membayar hutang; 5. selesai (siap, sudah), berakhir, tamat: sebentar lagi ~(lah) kerjaku ini; pertunjukan pertama sudah ~; 6. paling, (yg) ter...: darjah yg ~ tinggi di sekolah itu ialah darjah sembilan; inilah bangunan yg ~ tinggi dlm bandar ini; 7. jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka ...: ~, mengapa ia berhenti kerja?; ~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini; 8. selepas, setelah, sesudah itu (dlm pertan­yaan): ~ makan ia keluar; ~ apa yg terjadi? 9. (apa hendak dikatakan) kerana: ~ selalu di­herdik, itu­lah ia lari; ~ akal bingung (tidak tahu apa yg hendak dilakukan atau dikatakan lagi), putus akal; ~ awak Kl sangat (paling) memuaskan; ~ bulan a) akhir (hujung) bulan (hari gaji); b) awal bulan yg berikut; ~ dibahagi Id dapat dibahagi dgn tidak berbaki; ~ kemelak Kl puas berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu); ~ lauk Kl tidak berfaedah (bercakap dgn orang bodoh dll); ~ licin habis sama sekali (segala-galanya); ~ modal a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); ~ perkara sudah selesai (tidak perlu diper­katakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi); ~ sut Kl tinggal satu sahaja (bkn barang dagangan dll); ~ tahun a) akhir (hujung) tahun; b) awal tahun yg berikut; ~ teh = ~ or Kl bermati-matian atau bersungguh-sungguh (berusaha dll); ~ tempoh (masa, waktu) sudah berlalu jangka waktu yg ditetapkan (sudah tiba waktunya); ~ air setelaga arang dibasuh tak putih prb betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan; ~ manis sepah dibuang prb setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dll; ~ umpan kerong-kerong tak dapat prb usaha yg sia-sia (menyebabkan kerugian); sehabis 1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis: ~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan; ~ berfikir ia menerima cadangan itu; 2. paling, sangat (kecil, kuat, dll) sekali: gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu; anaknya yg ~ kecil baru berumur dua bulan; menjangkau ~ tangan prb berusaha sedaya upaya; sehabis-habis 1. hingga tidak tinggal (ber­sisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikha­barkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya; habis-habis 1. hingga habis kesemuanya (ke­se­luruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memper­hitung­kan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (se­be­sar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka me­maki-maki; memakan ~ me­nyorok hi­lang-­hilang prb merahsiakan se­suatu biar­lah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; habis-habisan, berhabis-habisan 1. hing­ga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn se­penuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan ber­juang ~ mempertahankan negara; nampak­nya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; menghabisi 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri; menghabiskan 1. menggunakan (mema­kan, membelanjakan, dll) hingga habis, mem­buang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk mem­biayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan cerita­nya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; terhabiskan; tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak mengha­biskan nasi itu tiada ~; kehabisan mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, diguna­kan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, per­bincangan, dll); penghabisan 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terke­mudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut.Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum keabadian tenagaist hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dpt dicipta atau dimusnahkan tetapi dpt diubah kpd bentuk tenaga yg lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memusnahkanmembinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum keabadian tenaga(Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
pungkas IISr marah yg amat sangat: abangnya ~ lalu mengamuk apabila mendapat tahu tanaman di kebunnya dimusnahkan oleh ternakan jiran.Kamus Dewan Edisi Keempat
aglutininist antibodi yg menyebabkan sel bakteria tertentu melekat antara satu dgn yg lain utk membentuk gumpalan yg akan dimusnahkan oleh sel darah putih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
musnahbinasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api; memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~; pemusnahan perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; pemusnah yg memusnahkan (membinasa­kan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat?Kamus Dewan Edisi Keempat
halangan1. aral, gangguan, rintangan, te­gah­an: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalan­kan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
malap1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~ menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb); memalapkan 1.menjadikan malap, memu­darkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan ke-gemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat; kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau PhD; pemalap = ~ lampu peranti utk mengubah­ubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas