dinamik I | bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai; mendinamikkan menjadikan dinamik; kedinamikan keadaan atau sifat dinamik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinamik | bersifat cergas; bertenaga: Kaum muda mestilah lebih ~ supaya lekas maju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dinamik II | cabang ilmu mekanik yg berkaitan dgn daya dan hubungannya dgn gerakan jasad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinamik | bersifat cergas; bertenaga:Kaum muda-mudi mestilah lebih ~ supaya lekas maju. | Kamus Pelajar |
suruhan dinamik(dynamic instruction) | Suruhan yang diberikan kepada komputer dalam masa sebenar. | Kamus Komputer |
subrutin dinamik(dynamic subroutine) | Subrutin atau atur cara yang dijana atau yang diubahsuai oleh komputer mengikut keperluan pemprosesan semasa. | Kamus Komputer |
storan dinamik(dynamic storage) | Storan komputer yang perlu dicas atau disegarkan semula berulang kali untuk mengelakkan data yang dipegangnya luput. | Kamus Komputer |
spesifikasi dinamik perakam(recorder dynamic specification) | Penentuan teknik tentang perakam x-y. Spesifikasi ini berkaitan dengan ciri pergerakan pen perakam, seperti ciri pecutan dan kelajuan. | Kamus Komputer |
sambutan dinamik(dynamic response) | Kelakuan ciri output bagi peranti yang dikira sebagai fungsi pada input dan fungsi masa. | Kamus Komputer |
RAM dinamik(dynamic RAM) | Ingatan capaian rawak yang menggunakan cas pada pemuat MOS untuk menyimpan bit data yang meruap. Pemuat ini perlu disegarkan semula berulang kali untuk memastikan cas pada pemuat tidak luput. | Kamus Komputer |