dinamit | bahan letupan yg kuat (boleh menghancurkan batu-batu); mendinamit menghancurkan (meleburkan, merosakkan) dgn dinamit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peledak | alat yg meledakkan (bom, dinamit dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendinamit | menghancurkan (meleburkan, merosakkan) dgn dinamit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peledak | alat elektrik atau elektronik yg digunakan utk meledakkan bahan letupan spt bom atau dinamit, peletup; bahan ~ benda yg dapat meledak (diletupkan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ledak | ; meledak 1 pecah dan meletup dgn kuat; meletus: Bom yg dijatuhkan oleh kapal terbang itu telah ~ betul-betul di tengah kota. 2 terbit (peperangan, perkelahian dll): Peperangan dunia kedua mula ~ dlm tahun 1939. meledakkan 1 menjadikan meledak; meletupkan; meletuskan: Mereka telah ~ tempat simpanan peluru musuh. 2 menyebabkan terbitnya sesuatu hal (peperangan dll). ledakan 1 bunyi drpd sesuatu yg meledak. 2 kejadian meledak; letupan; letusan: Semasa berlaku ~ gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama dgn benda-benda lain. peledakan perbuatan meledak atau meledakkan sesuatu; peletupan: Dia ditangkap kerana turut terlibat dlm ~ bank tsb. peledak alat yg meledakkan (bom, dinamit dsb). bahan ~ bahan yg dpt meledak (spt ubat bedil). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ledak | ; meledak 1. pecah dan meletup (dgn kuat), meletus: bom yg dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pd sasarannya; barang ~ barang-barang yg mudah meletup (spt ubat bedil dll); 2. ki terbit (peperangan, pertengkaran, dll), timbul: peperangan Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pd tahun 1904; meledakkan 1. menjadikan meledak, meletupkan: mereka sengaja ~ tempat simpanan peluru dan bom itu; 2. menyebabkan terbitnya atau timbulnya sesuatu hal (spt peperangan, kemarahan, dll): ~ revolusi; ledakan, peledakan 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; peledak alat elektrik atau elektronik yg digunakan utk meledakkan bahan letupan spt bom atau dinamit, peletup; bahan ~ benda yg dapat meledak (diletupkan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |