dinasti | jurai keturunan raja-raja (pemerintah) dr keturunan atau dr keluarga yg sama; wangsa: ~ Ming. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dinasti | 1. jurai raja-raja pemerintah yg berasal drpd satu keturunan (keluarga): mengikut suatu rekod drpd ~ Ming, Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dlm tahun 1403; 2. tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal drpd satu keturunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinasti | jurai keturunan raja-raja (pemerintah) dr keturunan atau dr keluarga yg sama; wangsa: ~ Ming. | Kamus Pelajar |
ketakhtaan | perihal naik takhta: ~ dinasti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wangsa | bangsa; keluarga (bkn raja, keturunan raja); dinasti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wangsa | bangsa; keluarga (bkn raja, keturunan raja); dinasti | Kamus Pelajar |
takhta | tempat raja bersemayam; ~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja; bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, bersemayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, tersemat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; mentakhtai menduduki (memegang) takhta; mentakhtakan mendudukkan di takhta kerajaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja negeri itu; ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |