diod | ist 1 alat elektronik yg mengehadkan aliran elektrik ke satu arah. 2 = tiub ~ tiub vakum yg mengandungi dua elektrod (anod dan katod). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diod | (Kej) peranti semikonduktor yg membolehkan aliran arus satu arah sahaja dan banyak digunakan dlm litar elektronik sbg penerus atau pemangkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diod | ist 1. alat elektronik yg mengehadkan aliran elektrik ke satu arah. 2. = tiub ~ tiub vakum yg terdiri drpd dua elektrod (anod dan katod). | Kamus Pelajar |
paparan tujuh segmen(seven-segment display) | Peranti paparan elektronik yang mempunyai tujuh unsur daripada diod pemancar cahaya yang boleh dikawal penyalaannya. Diod ini disusun dalam bentuk segmen berlambang angka lapan. Dengan mengawal segmen yang dinyalakan, nombor atau huruf dapat dibentuk. | Kamus Komputer |
tiub diod | tiub vakum yg mengandungi dua elektrod (anod dan katod). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komponen diskret(discrete component) | Komponen litar seperti diod, transistor, pemuat, dan perintang yang berasingan atau bersendirian dan tidak disepadukan dengan komponen lain. | Kamus Komputer |
litar diskret(discrete circuit) | Litar yang boleh dibina daripada komponen yang berasingan atau bersendirian, seperti diod, transistor, perintang, pemuat, dan komponen diskret lain. | Kamus Komputer |