olah II | ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perbendaharaan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk mengolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengolah | mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perbendaharaan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wul kapas | kapas yg diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan utk tujuan perubatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olahan | cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaca keselamatan | kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa terkena hentaman (mis kaca utk cermin kereta); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan(field) | 1. Kumpulan data yang boleh diolah sebagai satu unit tunggal. 2. Ruang bagi menempatkan butiran data. 3. Kawasan pengaruh magnetik yang dijanakan oleh magnet. | Kamus Komputer |
minyak mentah | minyak yg dilombong dan belum diolah lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekod fizikal(physical record) | 1. Kumpulan rekod yang diolah secara fizikal sebagai satu unit. Satu rekod fizikal boleh mengandungi lebih daripada satu rekod logik. 2. Dokumen atau bahan cetakan yang digunakan sebagai rekod. | Kamus Komputer |
rekod semasa(current record) | 1. Rekod data yang sedang diolah oleh sistem. 2. Rekod prestasi sesuatu hal pada suatu ketika tertentu. | Kamus Komputer |
penumpuk(accumulator) | 1. Daftar khas yang nombornya dijumlahkan atau diolah secara pengiraan atau logik. 2. Daftar simpanan sementara bagi data yang berasal dari ingatan atau peranti luar sebelum data tersebut dipindahkan ke kedudukan ingatan atau peranti luar yang lain. | Kamus Komputer |