terpaku | 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melekat | tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlekat | tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lekat | 1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; 2. mudah melekit (spt benda-benda yg bergetah, kanji, dsb); 3. = melekat ki rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; 4. = melekat ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; 5. = melekat ki terpakai (pakaian dll), terkena; 6. = melekat ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; 7. = melekat terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; 8. = melekat sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; 9. = melekat ki kekal (adat dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; ~ uri tembuni atau uri tidak keluar (ketika bersalin); melekat lekat; melekati 1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil; melekatkan 1. menjadikan melekat, menampalkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pandangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; terlekat melekat atau lekat pd, telah dilekatkan: terkejutlah orang melihat gambar teman-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia; lekatan keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn permukaan yg lain); pelekat 1. sesuatu yg digunakan utk melekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paku I | 1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll): pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya; ~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~ kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg kepalanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg berkepala kuningan; memulangkan ~ buah keras prb membangkitkan kembali perkara yg sudah lepas, menempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi; berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan (dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd: memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi. memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekalkan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya; terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |