mempromosikan | melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempromosikan | melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisian kaleng(canned software) | Kumpulan atur cara yang telah direka bentuk oleh syarikat tertentu dan dipasarkan untuk menjalankan tugas. Biasanya tugas yang dilaksanakan ialah tugas yang banyak penggunanya. Atur cara ini berbentuk serba guna supaya dapat memenuhi keperluan banyak pengguna. | Kamus Komputer |
memfrancaiskan | memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bendasing | bahan dlm kuantiti yg kecil yg terdapat dlm bahan lain sehingga boleh menjejaskan mutu bahan yg lain itu: sebarang ~ atau kekotoran akan merendahkan mutu getah yg dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
promosi | 1. kenaikan pangkat, naik pangkat dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
promosi | segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau meningkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb) atau utk memperkenalkan album lagu, filem dsb supaya laris jualannya: ~ barang-barang tempatan akan diadakan secara besar-besaran. mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
francais | hak atau kebenaran yg diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kpd pengusaha utk memasarkan barangannya atau perkhidmatan yg diasaskannya. memfrancaiskan memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |