pimpinan | 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpimpin | dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbawah oleh | dipimpin oleh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
di bawah pimpinan | dipimpin (oleh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbawah | 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejatuhan | 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mantap | tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyerang | 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangan | 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasilitator | orang yg membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran: guru harus berperanan sbg ~ supaya pelajar dapat dipimpin utk menghasilkan sesebuah karangan yg baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |