diplomasi | 1 kecekapan mengurus perhubungan rasmi antara satu negara dgn negara lain. 2 cara halus utk mempengaruhi orang: Dia pandai menjalankan ~ hingga terlaksana cita-citanya. berdiplomasi 1 mengurus perhubungan antara negara dgn negara. 2 mengatakan sesuatu dgn hati-hati (tidak berterang-terang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diplomasi | 1. seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa: kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para diplomatnya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta (kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang; berdiplomasi 1. mengurus hubungan antarabangsa; 2. mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu berterang-terangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diplomasi | 1. kecekapan mengurus perhubungan rasmi antara satu negara dgn negara lain. 2. cara halus utk mempengaruhi orang: Dia pandai menjalankan ~ hingga terlaksana cita-citanya. berdiplomasi 1. mengurus perhubungan antara negara dgn negara. 2. mengatakan sesuatu dgn hati-hati (tidak berterang-terang). | Kamus Pelajar |
gesa | ; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-gesa bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya; menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat; gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan; ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~; penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |