Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri bas


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tercegat-cegatsebentar-bentar berdiri tegak, terdiri-diri: sejak tadi mereka berdiri ~ menunggu bas.Kamus Dewan Edisi Keempat
hamba I1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) ham­ba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd ba­ginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau se­hingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, meng­abdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan meng­hamba.Kamus Dewan Edisi Keempat
rempuhandesakan, langgaran, serbuan: se­mua­­nya lari bercempera kerana meng­hin­­dar­­kan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas.Kamus Dewan Edisi Keempat
cegat I; tercegat tertegak, berdiri tegak, ter­cancang: berdiri ~ bagai patung; kami berdua ~ di tangga itu; tercegat-cegat sebentar-bentar berdiri tegak, terdiri-diri: sejak tadi mereka berdiri ~ menunggu bas.Kamus Dewan Edisi Keempat
disiplin1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menahan1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahan1 tidak mudah rosak (punah, berubah dll); tetap keadaannya walau­pun mengalami berbagai-bagai hal: Kereta ini kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun. 2 sanggup menderita atau sanggup menanggung sesuatu: Siapa yg ~ menanggung seksaan yg se­kejam itu? 3 boleh cukup; mencukupi; memadai: Beras ini ~ utk seminggu. ~ air tidak dpt dimasuki air. ~ api tidak dpt terbakar. ~ hati teguh hati; cekal hati. ~ lama tidak lekas rosak atau busuk. ~ lasak a. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja. bertahan 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. menahan 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. me­nahankan 1 menjadikan tahan; men­­­jadikan tidak mudah rosak dll. 2 meng­gunakan sesuatu utk menahan. mempertahankan 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. tertahan dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. tertahan-tahan tidak berapa lancar (bkn sesuatu); terputus-putus; terhenti-henti. tahanan 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. ketahanan sifat atau keadaan tahan; kekuatan. pertahanan 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. penahanan perihal (perbuatan dsb) menahan. penahan orang dll yg menahan; penyekat; penghalang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahan I1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lama­nya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apa­bila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakai­an); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mem­pertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Benda­hara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurang­kan kesukaran yg dideritai; b) mempertahan­kan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah men­dengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. meng­gunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya bela­kang­nya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangis­nya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menah­an orang, penjara: saya telah dilempar­kan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (men­jaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: seka­rang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mem­pertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memper­kukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menang­kis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (per­mohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) mena­han orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengu­rung, memenjarakan, dsb utk semen­tara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rempuh; berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut tempat duduk; merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~ rin­tangan kawat berduri; ~ maut tidak mem­pedulikan keselamatan jiwa; rempuhan desakan, langgaran, serbuan: se­mua­­nya lari bercempera kerana meng­hin­­dar­­kan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas.Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggal1 menetap atau diam (di…): Ia sudah lama ~ di bandar. 2 masih ada di tempatnya; tidak ke mana-mana: Awak ~ di sini, saya hendak ke bandar sekejap. 3 berbaki; berlebih: Duitnya ~ dua ringgit selepas membeli-belah. 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. 5 dilalaikan; dicuaikan: Ke mana saja ia pergi, tidak pernah ~ sembahyang. 6 cuma; hanya: Persediaan utk kenduri sudah sedia, ~ bunga telur saja yg belum. 7 yg di­kosongkan; tidak bertunggu lagi: rumah ~. ~ arwah sudah meninggal. ~ baka yg ada cuma keturunan. ~ tulang sangat kurus. tempat ~ rumah atau tempat yg didiami. meninggal, = ~ dunia mati. meninggalkan 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. tertinggal 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. ke­ting­galan 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 ter­cicir atau terkebelakang (dlm pelajar­an, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai. peninggalan 1 segala se­suatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. sepeninggalan 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kacir. 2 selama atau pd ketika ditinggalkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas