talak | talak pelepasan ikatan nikah dgn ucapan talak, cerai, dsb oleh suami: dgn mudah ia menjatuhkan ~ kpd isterinya; ~ bain talak yg tidak boleh dirujuk kembali; ~ dua talak rajii yg dijatuhkan dua kali secara berasingan atau dgn lafaz talak dua; ~ rajii talak yg masih boleh dirujuk kembali (pd talak pertama atau kedua) dgn syarat isteri yg dicerai itu masih dlm idah; ~ satu talak rajii yg dijatuhkan kali pertama atau dgn lafaz talak satu; ~ tiga talak yg dijatuhkan tiga kali secara berasingan, atau dgn lafaz talak tiga, yg tidak boleh dirujuk kembali;mentalak menceraikan isteri: isterinya itu ditalaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perujuk | orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arif | 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn mendalam atau luas pengetahuannya): saya mengangguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah. mengarifi arif akan, memahami: sbg seniman, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya; mengarifkan menjadikan arif; kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talak rajii | talak yg masih boleh dirujuk kembali (pd talak pertama atau kedua) dgn syarat isteri yg dicerai itu masih dlm idah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talak bain | talak yg tidak boleh dirujuk kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semakan | catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mak buyung | a) (gelaran yg biasanya dirujuk bagi) perempuan hamil; b) ibu ayam, muncikari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebagaimana | seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
referi | (réferi) 1. bp pengadil; 2. orang yg dirujuk utk memberikan maklumat, sokongan dsb tentang watak, kebolehan, kelayakan dsb seseorang, terutamanya yg memohon sesuatu pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutawif | Ar pemandu orang yg mengerjakan tawaf (biasanya dirujuk juga kpd mereka yg membuat kebajikan kpd orang yg mengerjakan haji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |