ensefalitis | (énséfalitis) (Ubat) radang pd otak yg disebabkan oleh agen jangkitan (spt bakteria, virus atau parasit), ataupun yg disebabkan kecederaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgokan bencana(disaster dump) | Longgokan yang wujud akibat pemberhentian pemprosesan yang tidak dapat dipulihkan disebabkan ralat dalam atur cara atau disebabkan bencana yang menimpa perkakasan. | Kamus Komputer |
susut nilai | 1 turunnya atau berkurangnya nilai sesuatu disebabkan faktor masa, mutu barangan dsb: ~ pd harta tetap dihitung dgn cara dan kadar tahunan. 2 merosot atau jatuh nilai sesuatu disebabkan oleh sesuatu faktor: Jika mata wang mereka ~, harga barangan mereka juga akan turun. menyusutnilaikan menjadikan atau menyebabkan sesuatu susut nilai: Tempoh lima tahun telah ditetapkan bagi ~ harta tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
barah | 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadas | (bkn orang Islam) keadaan tidak suci diri yg menyebabkan tidak boleh beribadat (sembahyang, tawaf dll); ~ besar hadas yg disebabkan oleh sesuatu yg mewajibkan mandi junub, mis haid, nifas dll; ~ kecil hadas yg disebabkan oleh sesuatu yg membatalkan air sembahyang, mis buang air kecil, kentut dll (memerlukan bersuci dgn berwuduk); berhadas berada dlm hadas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bencana | 1. sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam kecelakaan yg disebabkan oleh alam spt gempa bumi dll. 2. kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan. | Kamus Pelajar |
akibat | 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) kesudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengketaan yg mungkin ~ peperangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersebab | disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berparasit | disebabkan atau dijangkiti parasit: penyakit kulit ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkertang | kotor disebabkan sesuatu yg melekat: kainnya ~ kena darah ayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |