[di.si.mi.la.si] | ديسيميلاسي
Definisi : (Lin) proses atau hasil dua bunyi yg berubah (menjadi tidak sama) akibat pengaruh satu bunyi ke atas satu bunyi yg lain, mis arbor drpd bahasa Latin yg bermaksud pokok menjadi arbol dlm bahasa Sepanyol, dan epta drpd bahasa Greek Kuno yg bermaksud tujuh menjadi efta dlm bahasa Greek Moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)