Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Per­sekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia mem­baca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya di­lanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana me­ngucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia se­lalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anak­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1 permintaan atau permohonan kpd Tuhan: ~ selamat doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. 2 jampi, serapah dll. ~ pendinding doa utk menjauhkan diri drpd segala macam bahaya. ~ pengasih jampi yg membuat orang kasih kpd seseorang. berdoa bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. mendoakan memohon sesuatu kpd Tuhan; berdoa utk memohon sesuatu: Aku ~ keselamatanmu. Ibu ~ kejayaan anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
qunut, = doa ~ doa yg dibaca pd waktu tertentu (spt pd rakaat kedua ketika bersembahyang subuh).Kamus Pelajar Edisi Kedua
qunutAr = doa ~ doa supaya dijauhkan sesuatu bala atau memohon sesuatu pertolongan drpd Allah yg dibaca pd waktu tertentu (pd rakaat kedua sembahyang subuh, bermula pd malam ke-15 bertarawih pd bulan Ramadan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
iftitahAr pembukaan (permulaan): doa ~ doa yg sunat dibaca selepas takbiratulihram (sebelum membaca surah al-Fatihah dlm sembahyang).Kamus Dewan Edisi Keempat
pendindingpenyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya.Kamus Pelajar
pendindingpenutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
qunut, = doa ~doa yg dibaca pd waktu tertentu (spt pd rakaat kedua ketika bersembahyang subuh).Kamus Pelajar
mustajabAr 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll), makbul: doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah; 2. bp mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal; memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memper­kenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah; kemustajaban perihal mustajab, kemanjur­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
aminAr 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn sesuatu amanah; mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengaminkan1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas