Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.rong.men.do.rong] | دوروڠ - مندوروڠ

Definisi : bertolak-tolakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorong-mendorong


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dorong-mendorongbertolak-tolakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
dorong; mendorong 1. menyorong (ke de­pan), menolak (dr belakang ke depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; 2. ki mem­berangsangkan, mempengaruhi, menyebab­kan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh; dorong-mendorong bertolak-tolakan; mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium; terdorong 1. terlangsung (ke depan), ter­sorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk me­laku­kan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas pa­dahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; keterdorongan keadaan (perihal) ter­dorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi; pendorongan perihal atau perbuatan men­dorong; pendorong 1. (benda) yg mendorong (me­nyorong, menganjur, dll), penyorong, pe­nolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya ber­sungguh-sungguh mempelajari Bahasa Ke­bangsaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dorong; mendorong 1 menolak (ke depan); menyorong (ke depan): Kereta yg rosak itu terpaksa didorong ke tepi. 2 memberi galakan; memberangsangkan; mempengaruhi: Saya berhutang budi kpdnya kerana dialah yg ~ saya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. terdorong 1 terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2 terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. dorongan 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. pendorongan perbuatan atau hal mendorong. pendorong 1 benda yg mendorong (menyorong dll). 2 sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dorong; mendorong 1. menolak (ke depan); menyorong (ke depan): Kereta yg rosak itu terpaksa didorong ke tepi. 2. memberi galakan; memberangsangkan; mempengaruhi: Saya berhutang budi kpdnya kerana dialah yg ~ saya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. terdorong 1. terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2. terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. dorongan 1. hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2. nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. pendorongan perbuatan atau hal mendorong. pendorong 1. benda yg mendorong (menyorong dll). 2. sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan.Kamus Pelajar
sorong1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: ter­dengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung me­nolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. meng­ajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksa­kan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, ter­tolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong­-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjol­kan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur.Kamus Dewan Edisi Keempat
tolak1. dorong, sorong; kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dll sorong; wang ~ wang suap (sogok); 2. kurang, potong; kira-kira ~ kira-kira bkn mengurangi angka; tanda ~ tanda utk mengurangkan (-); ~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi); ~ bahara (bara) pemberat sbg pengimbang dlm perahu; ~ bala penangkal bahaya (bencana, penyakit, dll) dgn doa, kenduri utk menjauhkan bencana dll; ~ balik a) pulang pergi; b) menghantar kembali (barang-barang dll); ~ senjata sl wang atau pemberian-pem­berian yg lain yg diberikan oleh penduduk kpd musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dll); ~ sumpah Mn sj hiasan kalung (dokoh); ~ tepi ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira; bertolak 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; ~ ansur saling menuruti (memberi), ber­kom-promi; ~ belakang (dgn) berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara seorang lagi ke selatan); ~ pinggang Jk bercekak pinggang; ~ punggung berangkat pergi; bertolak-tolak Mn saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab; bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; menolak 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; harga ini boleh ditolak sedikit boleh dikurangi sedikit; ~ bala men­jauh­kan bala dgn berdoa dll; ~ tuah melepas­kan peluang yg baik; tolak-menolak bertolak-tolakan; menolakkan 1. mendorongkan, menyorong-kan: maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab; 3. mengurangkan, membuangkan, memotong; tertolak dapat atau berupaya menolak: dia tidak ~ seorang diri keretanya yg rosak di tepi jalan; tolakan 1. desakan ke depan, dorongan, so­rong­­an; 2. sesuatu yg sudah ditolak, tampi­kan; 3. potongan, surutan (harga dll); penolakan perihal (perbuatan dsb) meno­lak(kan), penampikan, penangkalan, penang-kisan, pencegahan, pengurangan: ~ pemakaian tenaga atom dlm peperangan; penolak sesuatu yg menolak, alat utk menolak, penangkal, penangkis, pencegah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas