insentif | (inséntif) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan: berbagai-bagai ~ disediakan utk pelabur asing menanam modal di negara ini; di samping itu beliau menawarkan barangan mekap kpd setiap ahli yg menghadiri kelas solekannya sbg ~ utk pelanggannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dorongan | 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dorongan | 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan faham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dorongan | 1. hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2. nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. | Kamus Pelajar |
nafsu | Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan keinginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat ark kemahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri; bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stimulus | dorongan, rangsangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galakan | dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorongan | 1. dorongan, tolakan: di satu selekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikalnya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pemberian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memotivasikan | memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan, menggalakkan: setiap orang mestilah ada ran-cangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerak hati | dorongan hati, perasaan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |