hasilan | hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu: TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fantastik | 1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lakon | cerita dlm sandiwara (drama, filem dsb). berlakon 1 bermain atau berlagak spt dlm sandiwara (drama, filem dsb); mengambil bahagian dlm sandiwara dll: Dia ~ sbg ibu dlm drama itu. 2 berlagak atau berpura-pura menunjukkan kelakuan yg bukan tingkah lakunya yg sebenar: Janganlah ~ di depan saya kerana saya tahu siapa kamu. melakonkan 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. lakonan cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dlm drama (sandiwara dll): ~nya dlm filem itu memuaskan. pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara, filem dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
drama | 1. karya yg dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca televisyen; ~ wira drama yg mengisahkan keperwiraan atau keberanian seseorang pahlawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mempersembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama wira | drama yg mengisahkan keperwiraan atau keberanian seseorang pahlawan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama televisyen | drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca televisyen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama satira | drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama rakyat | drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama radio | drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama pentas | drama yg dilakonkan di atas pentas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |