dualisme | 1. faham yg berasaskan dua prinsip yg saling bertentangan spt antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap; 2. keadaan apabila wujud dua sifat yg ketara saling bertentangan pd diri seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba dua | a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba | 1. semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |