Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
duduk1 meletakkan badan bertumpu pd punggung (bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2 tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3 letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4 berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5 berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1 mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2 tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: ditangkap kerana ~. pendudukan perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menduduki1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
terduduk1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
lepak(lépak); budaya (tabiat) ~ amalan negatif di kalangan masyarakat, spt di kalangan remaja yg menghabiskan masa dgn duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yg berfaedah: budaya ~ yg pd peringkat awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah diikuti oleh remaja; melepak 1. dlm keadaan terlalu letih, me­lepek; 2. berbuat sesuatu yg tidak mendatang­kan faedah (spt duduk-duduk di kompleks membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong, dll): pd prinsipnya, remaja yg suka ~ itu merupakan mereka yg tidak mempunyai pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeram1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama;Kamus Dewan Edisi Keempat
eram; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama; mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur); ~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama; mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn mengerami);pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan telur.Kamus Dewan Edisi Keempat
ram Ibunyi spt bunyi ayam, burung dsb sewaktu duduk memanaskan telur. mengeram 1 duduk di atas telur rapat-rapat supaya telur menjadi panas dan menetas (bkn ayam, burung dsb). 2 ki sentiasa duduk di rumah atau di sesuatu tempat; tidak suka keluar ke mana-mana: Dia lebih suka bersiar-siar drpd ~ di rumahnya saja. mengerami mengeram di atas atau pd (bkn ayam, burung dsb): Ayam ~ telur itik. mengeramkan menetaskan telur dgn cara memanaskannya dgn menggunakan alat tertentu: Mereka ~ telur-telur ayam dlm alat itu selama beberapa hari. pengeraman perbuatan (proses dll) mengerami atau mengeramkan. pengeram alat utk mengeramkan telur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelantar1 bangku panjang tempat duduk-duduk di halaman atau di belakang rumah. 2 lantai (biasanya tidak beratap) tempat menjemur kain dll yg dibina di antara tangga dgn rumah. ~ benua ist kawasan pinggir di keliling sesebuah benua, yg landai dan melebar dr tepi laut hingga ke lantai lautan. ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi (telaga) minyak di laut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membelakang1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja?Kamus Pelajar Edisi Kedua
menenggek1. duduk di tempat yg agak tinggi (burung di atas dahan dll): dia duduk bertenggek di atas anak tangga utk mele­paskan lelahnya; 2. terletak miring (topi di kepala dll), teleng, senget: songkok hitam drpd baldu yg mahal harganya menenggek di atas kepalanya; 3. ki sentiasa menumpang dll pd orang lain, menebeng;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas