letak | tempat atau duduknya sesuatu benda: Bentung ~nya di Pahang. meletak menghantar atau menaruh. ~ kerja memulakan sesuatu upacara secara besar-besaran (spt utk majlis perkahwinan, pertabalan raja). ~ tanda memberi tanda (biasanya cincin) kpd pihak pengantin perempuan. meletakkan 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. terletak berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. peletakan perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
letak | duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
songsang I | 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, kepercayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dll), membalikkan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalikan; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd kebiasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) menyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terletak | berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyongsang | terbalik (letaknya, duduknya, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerendahan | 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerendahan | 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang-menyilang | bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang siur, berpapasan: awan di langit ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seberang-menyeberang | 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseberangan | , seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |