melankolis | 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukacita | 1. duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati: hari itu merupakan hari yg sangat ~nya; kemalangan yg menimpa keluarganya sungguh ~nya; kedukacitaan perasaan dukacita atau sesuatu yg mendukacitakan, kedukaan, kesedihan, kesusahan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukacita | (perasaan) sedih (hati); susah hati; duka: Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati: Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melankolik | , melankolis 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukacita | perasaan sedih (hati); susah hati; duka:Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati:Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu. | Kamus Pelajar |
kecewa | (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak berjaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kecewa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masyghul | Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~; 2. kesal hati, sebal hati; memasyghulkan 1. menyedihkan (menyusahkan) hati: sekarang bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2. berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu; kemasyghulan 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyem-bunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih sangat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyesal | berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gundah | 1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu: marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana; bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati; menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal apakah yg ~ hatikau itu? kegundahan perihal gundah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedukacitaan | perasaan dukacita atau sesuatu yg mendukacitakan, kedukaan, kesedihan, kesusahan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |