dulang-dulang | 1. sj tumbuhan (pokok renek), petai belalang, petai laut, Desmodium umbellatum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), bungau, ceremai antan, ubah paya, Glochidion obscurum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendongkok | = ~ keris gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongkok keris | gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongkok | ; pendongkok = ~ keris gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdulang | 1 mempunyai atau ada dulang. 2 mempunyai dulang sbg alas; beralaskan dulang; bertalam: Hidangan itu tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdulang | 1. mempunyai atau ada dulang. 2. mempunyai dulang sbg alas; beralaskan dulang; bertalam:Hidangan itu tidak ~. | Kamus Pelajar |
berdulang-dulang | beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dulang | 1 talam drpd kayu yg kadang-kadang diberi berkaki. 2 talam drpd logam, plastik dll utk menyajikan atau utk mengangkat makanan. ~ alas talam utk mengalas makanan dll. ~ pelanda talam yg dibuat drpd kayu dsb dan digunakan utk melimbang bijih (emas dll). berdulang 1 mempunyai atau ada dulang. 2 mempunyai dulang sbg alas; beralaskan dulang; bertalam: Hidangan itu tidak ~. mendulang melimbang bijih (emas dll): Masih ada lagi perempuan-perempuan Cina yg ~ bijih di tepi-tepi Sungai Kinta. pendulangan perbuatan mendulang. pendulang 1 orang yg kerjanya mendulang (melimbang) bijih dsb. 2 dulang utk melimbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dulang I | 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll); bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela; berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu dibawa ke dlm tanpa ~; berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu; mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang: banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm kawasan hutan simpan; pendulangan perbuatan mendulang, pelimbangan; pendulang 1. dulang utk melanda (melimbang); 2. orang yg kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dulang pelanda | talam yg dibuat drpd kayu dsb dan digunakan utk melimbang bijih (emas dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |