Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pangsapetak atau bahagian-bahagian dlm buah-buahan dll (spt dlm buah durian): ~ durian; rumah ~ satu set bilik serba lengkap yg digunakan sbg tempat kediaman; ~ menunjukkan bangsa, umpama durian = spt durian menunjukkan ~nya prb kelakuan dan percakapan seseorang itu menunjukkan baik atau jahat asalnya (perangainya); berpangsa 1. mempunyai pangsa, ada pang­sanya: sebuah kotak kaca ~ dua; 2. berulas: urat-urat daging mereka timbul ~-pangsa akibat menggunakan tenaga sepanjang hari.Kamus Dewan Edisi Keempat
kacapuri1. ibu rumah yg letaknya di bahagian tengah; 2. bahagian istana yg letaknya di sebelah dalam, pusat istana; durian ~ durian yg isinya di tengahnya sahaja yg boleh di­makan.Kamus Dewan Edisi Keempat
soroganJw; durian ~ buah durian yg dijolok (bukan yg gugur kerana masak).Kamus Dewan Edisi Keempat
durian tembagabuah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuripalsj tumbuhan (pokok), durian daun, durian hutan, Durio oxleyanus.Kamus Dewan Edisi Keempat
kawiksj tumbuhan (pokok), durian api, durian hutan, sahun, Durio malaccensis.Kamus Dewan Edisi Keempat
meruntuh1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
rahat IIgugur dgn banyak (durian): buah durian dlm kampung itu sudah cukup ~ atau memuncak gugurnya; gugur ~ gugur dgn banyaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
durian kacapuridurian yg isinya di tengahnya sahaja yg boleh di­makan.Kamus Dewan Edisi Keempat
durian lima ruangdurian lima pangsa;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas