Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian runtuh;

Peribahasa

Dapat tebu rebah.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bonanzasumber kekayaan atau kemakmuran yg diperoleh (biasanya secara mengejut atau tidak disangka-sangka), durian runtuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
dapat1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ me­nyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertan­dingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;sedapat sesudah dapat (menerima): ~ sahaja telegram itu dia pun segera pulang; ~ mung­kin seboleh-bolehnya, seboleh mungkin, se­berapa dapat (boleh);sedapat-dapatnya seberapa dapat, sedapat mungkin, seboleh-bolehnya: ~ rumah itu di­atur dgn sebaik-baiknya; semua pihak telah berusaha ~ utk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah; berdapat 1. Mn padan, patut, sesuai; 2. = berdapatan bersua (dgn), berjumpa (dgn): kami ~ dgn dia di bandar;mendapat 1. beroleh, memperoleh: ~ ke­untungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memper­oleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ ber­bagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. me­nikmati (kemewahan, kesenangan, keba­hagia­an, dll), mengalami (kesusahan, kece­lakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penye­lesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (men­dengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama ber­laba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;memperdapat, perdapat mendapat dgn usaha, memperoleh: kalau perempuan itu diperdapat dgn mudah, saya takut kalau-kalau dilepaskannya dgn mudah pula;mendapati, dapati 1. memperoleh: elaun itu menjadi tambahan kpd gaji yg mereka dapati; pejabat-pejabat yg menerima hasil, harus menaksir berapa banyak hasil yg boleh mereka dapati pd tahun hadapan; 2. mene­mui, menjumpai, melihat (secara kebetulan): apabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; dia ~ ibunya sedang berbual-bual di luar; 3. mengetahui (hasil drpd pe­nyiasatan, penyelidikan, pengkajian dsb), membuat kesimpulan (berdasarkan kajian, penelitian, dsb): dia didapati menghidap penyakit malaria; mahkamah ~ yg dituduh bersalah;mendapatkan 1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;terdapat ada (kelihatan), didapati, diketemui, diperoleh: sesudah diperiksa kebunnya ternyata masih ~ rumput-rumput tumbuh di beberapa tempat;dapatan 1. ark sesuatu yg didapati (diper­oleh), perolehan; ~ tinggal harta yg didapati semasa kahwin dan menjadi hak isteri apabila bercerai; 2. sesuatu yg didapati atau diketemui (hasil drpd kajian, penyelidikan, dsb), pene­muan: menyediakan laporan tentang be­­- be­ra­pa ~ drpd kajian yg telah dijalankan; kedapatan didapati, dijumpai, diketahui: manakala ia balik, ~ rumahnya sunyi; apa­bila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit; muka berpan­dangan, budi ~, kasih bagai lama juga prb anggapan (perasaan) yg tidak berubah kpd seseorang walaupun ia berlaku serong;pendapatan 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum­nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang;berpendapatan mempunyai atau beroleh pen­dapatan: golongan yg ~ rendah;pendapat 1. kesimpulan yg dibuat atau diper­oleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal ter­sebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, men­cipta­kan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland;berpendapat mempunyai pendapat (pan­dang­an);bersependapat sama-sama berpendapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
meruntuh1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
runtuh1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, ha­rap­­an, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya; langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb ke-hilangan orang tempat me­numpang hidup; meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll); meruntuhkan 1. merosakkan dan men­jatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menye­babkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, me­rosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya; ~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang; runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; peruntuh ark orang yg meruntuhkan: se­karang dia akan jadi ~ pula, akan me­runtuhkan kemanusiaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
durian1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas