dusta | 1. bohong, tidak benar: katanya dia sedang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil lagi sudah pandai ~; mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar; mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak baik kita ~ orang tua kita; mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu; kedustaan perihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat; pendustaan perihal mendustai, pembohongan: ~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW; pendusta orang yg suka berdusta, pembohong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karut I | 1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~; 2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); mengarut 1. menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan; kekarutan perihal karut, kekacauan (kekalutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
helah | /hélah/ 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. berhelah 1 menggunakan helah (tipu daya). 2 berdalih. menghelah menipu; memperdaya; mengakali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
helah | /hélah/ 1. perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2. alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya). 2. berdalih. menghelah menipu; memperdaya; mengakali. | Kamus Pelajar |
bibir | 1. salah satu drpd dua bahagian luar pinggir mulut; 2. tepi (cawan, mangkuk, dll): ~ belanga; ~ cawan; ~ sumur; ~ hutan; ~ jalan; ~ mata; ~ tabir; ~ telaga; 3. ki mulut, cakap (kata-kata dll): janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis; berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut; di ~ mata a) di tepi mata; b) di depan mata (dekat sekali); di ~ sahaja di mulut sahaja; panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dll); ~ saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan); apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati; jadi buah ~ prb tidak lepas drpd sebutan orang; menghapus ~ prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai; panjang ~ orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik; berbibir mempunyai bibir: ~ tebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tipu | perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin; menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar; tertipu (telah) ditipu; tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retak | 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (perselisihan dll) yg boleh menimbulkan perpecahan (perceraian dll), sudah tidak semuafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retaknya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerut I | 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bohong | berlainan drpd yg sebenarnya (cerita, keadaan, dll), dusta, karut, palsu: ia membuat pengaduan ~; cakap ~; ~ sunat bp berbohong dlm perkara kecil yg terpaksa dilakukan, yg kononnya bertujuan utk menjaga hati sesuatu pihak, mengelakkan sebarang masalah dsb;berbohong, membohong bercakap bohong, berdusta: dgn Anisah dia tidak pernah ~;membohongi bercakap bohong kpd, mendustai: boleh jadi ia telah ~ aku;membohongkan 1. menganggap bohong, mengatakan bohong; 2. Id menyangkal, mengingkari: dibohongkannya segala keterangan saksi itu;kebohongan perihal bohong, sesuatu yg bohong;pembohongan perbuatan membohong(i) atau membohongkan, pendustaan;pembohong 1. orang yg suka membohong; 2. suka membohong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saksi | orang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan): siapa ~nya dlm perbicaraan tadi?; ada ~ku yg kauambil barang itu; ~ ahli Id saksi yg dipilih kerana keahliannya; ~ alibi Id saksi yg tidak melihat sesuatu peristiwa; ~ dusta Id = ~ palsu saksi yg diada-adakan (tidak benar); bersaksi 1. mempunyai saksi, ada saksi: per-bicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~; 2. menjadikan sbg saksi; ~ ke lutut prb a) men-jadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd orang yg bodoh; bersaksikan mempunyai seseorang sbg saksi: pernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yg memenuhi syarat sbg saksi; menyaksikan 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertam-bah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini; mempersaksikan 1. memperlihatkan sbg bukti, membuktikan: dia ingin ~ kebolehannya kpd rakan-rakannya; 2. memperlihatkan kpd orang lain supaya menjadi saksi; kesaksian keterangan yg diberikan oleh orang yg melihat (mengetahui dll), bukti, kenyataan: sekiranya seseorang drpd saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah; penyaksian perbuatan menyaksikan; penyaksi; ~ mata orang yg melihat sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |