ecer | /écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ecer | /écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1. jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2. keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar |
ecer II | (écér) Jw; mengecerkan menjual sedikit-sedikit, menjual (secara) runcit; eceran perihal menjual barang sedikitsedikit: pedagang ~ di pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ecer I | (écér) Kl; mengecer 1. menjelejehkan (air, minyak, dll), menaburkan di sana sini; 2. ki menyebarkan atau menceritakan (rahsia dll) ke sana ke mari, mengheboh-hebohkan; 3. meratakan sesuatu: Pak Man sedang ~ simen di hadapan rumahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetengkan | menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keteng | (kéténg) ark sj wang tembaga (nilainya kira-kira setengah sen), keping, peser, rini; seketeng ark setengah duit (sen), sepeser, serini; mengeteng membeli secara runcit, membeli eceran, membeli dgn berdikit-dikit: ada wang bolehlah memborong, tiada wang ~ sahaja; mengetengi membahagi-bahagi (barang-barang dagangan) utk dijual secara runcit; mengetengkan menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit; ketengan eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |