editor | (éditor) orang yg memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dsb) utk dicetak, penyunting, pengedit: mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca; ~ kopi editor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselar | Kamus Dewan Edisi Keempat |
editor | /éditor/ orang yg mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
editor kopi | editor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa, dan gaya penulisan sesuai dgn gaya penerbit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
editor | Lihat penyunting. | Kamus Komputer |
editor | orang yg mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. | Kamus Pelajar |
editorial | (éditorial) 1. bkn dgn editor (dr segi tugas, tanggungjawab dsb): jawatankuasa ~; 2. rencana khas dlm akhbar dsb yg ditulis oleh editor, pengarang, atau penerbitnya utk mengutarakan pandangan atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang, | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyunting(editor) | 1. Orang yang berfungsi menyemak dan membetulkan kandungan dokumen yang belum, sedang, atau sudah diproses oleh komputer. 2. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan bahan yang belum, sedang, atau sudah diproses oleh komputer. Sinonim editor. | Kamus Komputer |
prapenyunting(pre-editor) | 1. Orang yang menyemak dan membetulkan kandungan sesuatu dokumen yang akan diproses oleh komputer. 2. Orang yang menyunting bahan yang akan diproses sebelum pemprosesan sebenar dilakukan. 3. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan bahan yang belum diproses oleh komputer. | Kamus Komputer |
pascapenyunting(post-editor) | 1. Orang yang menyemak dan membetulkan kandungan dokumen yang sudah diproses. 2. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan perisian yang sudah diproses oleh komputer. | Kamus Komputer |
subeditor | (subéditor) penolong editor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |