efek II | (éfék) IB surat yg boleh dicagarkan (spt bon, surat saham, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
efek I | (éfék) kesan: rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di kampung-kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatacahaya | sistem pencahayaan dlm penggambaran filem, pementasan dsb utk menghasilkan efek tertentu: kesan ~ kelihatan biasa dan kurang membantu menimbulkan suasana yg ceria;penatacahaya orang yg ahli dlm mengendalikan tatacahaya, terutamanya utk penggambaran filem, pementasan dsb: nilai artistiknya akan lebih tinggi sekiranya ~ berjaya memani-pulasikan warna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesan | 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu pengaruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memerhatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |