ego | /égo/ 1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ego | (égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~ny | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ego | /égo/ 1. sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2. perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. | Kamus Pelajar |
alter ego | (alter égo) (Latin) 1. (Psi) personaliti kedua seseorang, aku yg kedua; 2. sahabat yg rapat atau karib yg boleh dipercayai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaturcaraan tanpa ego(egoless programming) | Pengaturcaraan sesuatu projek supaya dilakukan oleh suatu kumpulan yang ahlinya mempunyai taraf yang sama. Beban tugas dan kejayaan atau kegagalan projek akan dikongsi bersama oleh semua ahli. | Kamus Komputer |
ujub | Ar kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak, ego: ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |